4 tips ini akan menjadikan anda bebas dari keputihan buat selama-lamanya

"Dah puas cuba berbagai rawatan tetapi keputihan masih tidak sembuh-sembuh"

Begitu lah respon yang biasa kami terima dari ramai wanita yang terpaksa menghadapi situasi yang memalukan dan agak sukar untuk difahami.

Sesetengahnya pula menceritakan betapa mereka terpaksa tebalkan muka berjumpa Puan doctor,itu pun jika bernasib baik kalau nasib tidak menyebelahi kena pula jumpa Tuan doktor ..mana hendak letak muka..malunya….

Senario ini lah yang berlaku berulang-ulang kali selang 1-2 bulan kemudian… tidak tahu entah sampai bila?

Mahu kah kami bantu supaya anda menjadi bebas dari masalah keputihan untuk selama-lamanya?

Jika jawapan anda adalah Ya!…anda sejujurnya berada ditempat yang bertuah kerana kami yakin dapat membantu dengan hanya mengamalkan 4 tips yang mudah ini.
---------------
TIPS No 1 - Mengenali simtom dari sifat dan warna cecair yang keluar
---------------
5 tanda yang lazim dibawa oleh mikroorganisma dan perlu diberikan perhatian serius:

1)Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) .
2)Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
3)Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
4)Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
5)Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)

-----------------
TIPS NO 2 - Henti melakukan kesilapan dengan amalan ini!
-----------------
Sejujurnya,kesilapan yang ramai wanita lakukan adalah dengan membeli dan mengamalkan Feminine wash yang bersabun, banyak buih, bershampu, pewangi,menthol dengan niat untuk kononya membuatkan faraj sejuk dan nyaman, berbau harum dan boleh seimbangkan flora bakteria didalam faraj.

Nyata sekali perbuatan ini adalah satu kekeliruan semata,bagaimana kah kandungan bahan yang beralkali dengan pH melebihi >7 seperti sabun,shampu,menthol, dan wangian boleh seimbangkan flora bakteria sedangkan fakta sains mendapati pH alami didalam faraj adalah sedikit berasidik antara pH3.8-4.2.

Kajian mendapati pH faraj yang melebihi >4.5 menjadi aras jangkitan kanser serviks.

-----------------
TIPS NO 3 – Amalkan semua panduan ini
-----------------

1)Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan

2)Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama

3)Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang

4)Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama

5)Gunakan pengalas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengaliran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.

6)Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing

7)Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.

-----------------
TIPS NO 4 – Follow nasihat pakar 
-----------------
Dr Salwa Hassan adalah blogger popular yang menulis dalam blog klinik keputihan sejak tahun 2012 dan telah membantu ribuan wanita berjaya mengatasi masalah keputihan yang kronik. http://www.klinikkeputihan.blogspot.com

Beliau juga mengendalikan group hamil cara natural (FB) dengan kejayaan membantu ramai wanita hamil cara natural hanya dengan mengamalkan set keputihan Dr Herba dan suplimen.

Antara lain Dr Salwa yakin dengan pengunaan set keputihan Dr Herba sebagai rawatan alternatif bagi merawat keputihan serta seimbangkan populasi bakteria baik didalam faraj supaya jangkitan tidak berulang kembali.Jangkitan yang berulang-ulang akan membawa kepada komplikasi jangkitan penyakit yang merbahaya.

Menurut Dr salwa,set keputihan Dr Herba dipilih antara lain adalah berasaskan kriteria berikut:

1)Bahan utama formula Dr Herba iaitu biji cnidium (osthole) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui 5 kajian saintifik yang di jalankan oleh saintis dari universiti tersohor di dunia seperti universiti Harvard dari Amerika,University Lublin Poland,University Kinski Jepun dan Chinese University di Hong Kong

Keputusan kajian mendapati cnidium(osthole) berkesan dalam melawan mikroorganisma keputihan,sel kanser,anti gatal dan anti alergi.(Link kajian dibawah)

2)Serum DH-7 dan PPW Classic(Feminine wash yang ada pH3.8) telah mendapat kelulusan dari KKM dengan No NOT 151102802K untuk Serum dan NOT 151102803K untuk PPW Classic.

3)Set Keputihan Dr Herba bukan sahaja berkesan merawat keputihan,meredakan kegatalan yang kronik dan melindung dari jangkitan berulang malah setiap wanita yang menggunakan formula ini juga akan mendapat bonus yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit iaitu pelindungan dari kanser serviks dan kanser ovari yang sangat ditakuti oleh semua golongan wanita.

4)Konsep merawat dan melindung oleh Dr Herba diyakini adalah yang terbaik bagi menanggani secara holistik masalah keputihan wanita yang lazimnya akan berulang-ulang.

Kami yakin setakat ini masih tidak ada saingan terdekat bagi formula dalam segmen keputihan di Malaysia yang dapat menandingi keberkesanan merawat dan melindung sepertimana yang boleh didapati dari set keputihan Dr Herba.

Jaminan kami setiap sen yang anda belanjakan untuk formula herba yang mendapat pengiktirafan dunia sains adalah tidak merugikan malah tersangat berbaloi. ATAU…

Sekiranya sesiapa sahaja boleh membuktikan produk lain dalam segmen keputihan di Malaysia ini hampir sama atau lebih baik dalam bukti-bukti kajian saintifik seperti yang diperolehi oleh Dr Herba.Kami dengan senang hati berjanji akan mengembalikan semula wang anda bukan 1 tetapi 3 kali ganda.

Kami benar-benar yakin jika anda mengamalkan semua 4 tips ini,anda juga akan menjadi bebas dari keputihan buat selama-lamanya…biarkan orang disekeliling anda pula merasa takjub!

WHATSAPP SEKARANG 016-3900266

Sumber rujukan:

Link kepada 5 kajian yang melibatkan herba cnidium (osthole)

1) Kanser Ovari (Kajian Harvard Medical School,Amerika)
Kesan anti-tumor osthole pada sel-sel kanser ovari secara in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

2) Kanser Serviks ( Kajian Medical University of Lublin,Poland)
Osthole menyebabkan sel mati ( apoptosis), merencatkan kemajuan dan pecambahan Sel Kanser
http://ar.iiarjournals.org/content/34/11/6473.full

3) Anti Mikrob(keputihan) ( Kajian The Chinese University of Hong Kong)
Osthole: Kajian terhadap Bioaktiviti,Farmakologi, dan Potensi sebagai Perubatan Alternatif
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/

4) Anti Alergi (Kinki University, Higashiosaka, Osaka, Japan)
Kesan anti-alergi cnuidii monnieri fructus (buah kering Cnidium monnieri) dan komponen utamanya, osthol
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12081154

5) Anti Gatal (Kinki University, Higashiosaka, Osaka, Japan)
Kesan anti gatal Cnidii Monnieri Fructus (biji Cnidium M ).
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1185317

University Tersohor Harvard Medical School,Poland,HK dan Jepun Melaporkan Herba Utama Dr Herba Anti Kanser Ovari,Kanser Serviks,Anti Keputihan,Anti Alergi & Anti Gatal


PELANGGAN BUDIMAN YANG SANGAT KAMI HORMATI

TAHU KAH ANDA?

Majoriti feminine wash yang dijual dipasaran Malaysia mengandungi bahan-bahan seperti estrak daun sireh,manjakani,aloe vera dll.Kesemua penjual mendakwa bahan-bahan yang digunakan dalam feminine wash mereka sebagai sangat baik dan boleh merawat masalah keputihan.

BENAR KAH DAKWAAN INI?

Sejujurnya...tiada kajian yang yang bereputasi tinggi bagi membuktikan dakwaan ini.Malah terdapat kajian kesan sampingan lain seperti estrak daun sireh menganggu implantasi,manjakani dan aloe vera hanya baik untuk kulit faraj sahaja

CNIDIUM BAHAN UTAMA FORMULA DR HERBA TELAH TERBUKTI DALAM KAJIAN ANTARABANGSA!

Kami punyai bukti sokongan yang bereputasi tinggi untuk dijadikan sandaran dalam pengunaan bahan utama formula Dr Herba iaitu biji cnidium monneiri(osthol) .Cnidium telah dilaporkan dalam jurnal sains antarabangsa sebagai anti keputihan,anti gatal,anti alergi dan berkesan melawan sel kanser ovari.

Pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh penyelidik universiti paling top didunia,Harvard Medical school dari Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthol) komponen aktif yang digunakan dalam produk Dr Herba berkesan membantu melawan sel-sel KANSER OVARI..Masih tidak Yakin?

BUKTI YANG SANGAT MEYAKINKAN

Pada tahun 2015 ,penyelidik dari Universiti Hong kong dalam satu kajian review mendapati cnidium monneiri (osthol) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sementara dua kajian lain yang dijalankan di Faculty of Pharmaceutical Sciences, Kinki University, Higashiosaka, Osaka, Japan mendapati cnidium monneiri sebagai anti alergi(anti allergic) dan anti gatal (anti pruritic)

Kajian di jalankan Medical University of Lublin,Poland pada 2013.Cnidium (Osthole) didapati antara bahan tertinggi bertoksik kepada sel KANSER SERVIKS,LEAUKIMIA dan KANSER KOLON namun tetapi tidak bertoksik pada sel normal.

Saintis melaporkan penemuan mereka dalam International Journal of Cancer Research and Treatment 2014.


Sumber:

1) Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

2) Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/

3 )Anti-allergic effects of cnidii monnieri fructus (dried fruits of Cnidium monnieri) and its major component, osthol

4 )Antipruritic effect of Cnidii Monnieri Fructus (fruits of Cnidium monnieri) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11853179

5) Osthole Induces Apoptosis, Suppresses Cell-Cycle Progression and Proliferation of Cancer Cells
http://ar.iiarjournals.org/content/34/11/6473.full



Maklumat lanjut sila Whatsapp 016-3900266 atau klik SINI

Fakta tentang Keputihan Wanita Dan Jangkitan Kuman – Dr Salwa Hassan

keputihankulat dan keputihan
Bismillah,

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali boleh menimbulkan suasana ketidakselesaan dan kebimbangan di kalangan wanita.Perkara yang amat ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (STD) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang ditular menerusi hubungan seksual. Antara lain perkara yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan mengidap penyakit kanser serviks..

Bagi gadis remaja yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan akan menimbulkan tanda tanya samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka dan potensi mandul apabila berkahwin kelak.

Tentang peranan lendir di dalam faraj

Seperkara yang perlu difahami,pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan adanya penyakit. Di sebaliknya ia mungkin hanya aturan yang biasa sahaja. Lendir yang dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim adalah untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan pendarahan dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kelenjar bartholin yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan. Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tiada sebab untuk dibimbangkan.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku disebabkan oleh gangguan jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang teramat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

Keputihan sebagai tanda penyakit

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Jenis-jenis jangkitan kuman,gejala & komplikasinya

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

Bacterial vaginosis (BV)

Selalunya berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia reproduktif mereka. Di dalam faraj seseorang wanita terdapat bakteria baik (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik sejurus memberi pelindungan dalam faraj dari bakteria yang berbahaya. BV terhasil apabila bakteria jahat seperti Gardnerella vaginalis dan genital mycoplasma tumbuh lebih banyak dari bakteria baik lactobacillus. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.

50% daripada BV tiada gejala. Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid. Faraj dan kawasan kemaluan selalunya tidak bengkak.

Candida Albican (Kulat)

Dua pertiga dari wanita akan mengalami masalah ini. Majoriti organisma yang bertanggung jawab adalah sejenis kulat (Candida albican). 50% dari mereka yang berjangkit mengadu gatal di bahagian faraj (Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti dadih), tidak berbau dan menyebabkan faraj melecet dan sakit semasa hubungan kelamin. Wanita yang berisiko tinggi adalah wanita mengandung, mengidap kencing manis ataupun mengambil antibiotik bagi jangkamasa agak panjang.

Chlamydia trachomatis

Penyakit ini kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi parasit yang suka tinggal di dalam sel-sel faraj pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan penyakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.

Simtom dan tanda-tanda.

Lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks adalah antara simtom-simtom penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita tidak mengalami apa-apa tanda.

Komplikasi

jangkitan chlamydia boleh 'naik' ke dalam rahim dan menyebabkan radang pangkal rahim,rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit juga akan mengalami sakit di bahagian ari-ari dan perut yang teruk. Tiub saluran Fallopian boleh tersumbat menyebabkan mengandung luar rahim atau ketidaksuburan.

Nesseria gonorrhoea

Gonorrhoea adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh organisma N. Gonorrhoea. Pesakit selalunya tidak mempunyai simtom tetapi bagi mereka yang bersimtom, akan mengalami lendiran faraj yang selalunya banyak, bernanah dan sakit di bahagian ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan faraj selepas haid atau selepas hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang.

Komplikasi

Komplikasi sama seperti chlamydia iaitu jangkitan dari faraj boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, rahim dan saluran tiub. Ia boleh menyebabkan tiub rosak dan tersumbat. Ini boleh membawa kepada komplikasi mengandung luar rahim dan ketidaksuburan.

Lelaki samada pasangan atau suami boleh mengidap gonorrhea walaupun tidak mengalami  apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain
.
Trichomonas vaginalis (T.V.)

T. vaginalis adalah penyakit kelamin yang melibatkan hingga 30% wanita yang aktif seks di negara-negara membangun. Organisma yang bertanggung jawab adalah protozoa yang hanya terdapat di dalam faraj wanita. Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan mengalami bengkak faraj, lendiran yang berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan bengkak pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat kelamin. Pesakit juga boleh mengalami gatal faraj dan di bahagian kemaluan. Simptom selalunya lebih teruk semasa haid atau sejurus selepas haid.

Pilihan Rawatan Moden Dan Alami

Selain dari protokol rawatan yang lazim seperti pengambilan antibiotik atau antifungal terdapat juga rawatan herba alternatif yang didapati sama berkesan dan juga seimbang dan tanpa kesan sampingan bagi merawat jangkitan keputihan khususnya jangkitan kulat candida albican,bacterial vaginosis dan trichomonas vaginalis.Rawatan alternatif ini amat sesuai bagi mereka yang merasa malu untuk mengizinkan faraj mereka dilihat dan diperiksa oleh doktor,lebih-lebih lagi oleh seorang doktor pakar lelaki.


Semoga Bermanfaat

Drsalwa Hassan - Panel kesihatan Dr Herba


Kenali Warna Keputihan Wanita – Dr Salwa Hassan

Warnakeputihan
Bismillah,

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Berikut adalah antara warna-warni lelehan yang perlu diberi perhatian:

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila pH tidak seimbang.

3. Putih Pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan

Elakkan dari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi  mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang ada pH3.8-4.2

Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan

Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama

Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang

Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
Gunakan alas seluar dalam (panty liner)jenis "unscented" dan yang dapat mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.

Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing

Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen.


Semoga Bermanfaat

9 Antara Tanda-Tanda Awal Kanser Yang Kita Tidak Pernah Peduli - Dr Salwa Hassan

selkanser
Bismillah,

Sebut sahaja nama kanser,mungkin ramai dah tahu dan dah jemu mendengarnya namun bagi segelintir yang masih belum mengenali apa sebenarnya kanser,biar saya mulakan dengan memperkenalkan ciri-ciri  sebenar apa yang di maksudkan dengan kanser.Selamat berkenalan ya!

Apakah itu Kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

 Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Lazimnya,dari peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap ‘Tidak apa-apa’ cuma sakit biasa sahaja. Lalu ramai yang mengambil langkah yang paling bijak ketika itu ialah dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.

Saya tidak salahkan sesiapa tetapi alangkah baiknya jika kita tidak sahaja berhenti disitu dan mengambil satu lagi langkan bijak untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca sebenar.

Kalau saya sebut beberapa pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA agak-agak berapa ramai yang pernah melakukanya? Apapun bagi mereka yang perihatin tentang masalah kesihatan menganggapnya penting walaupun ini tidak menjamin atau melindungi mereka dari kanser.

Bukan apa,sekarang ini terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari mendapat kanser setelah berada di tahap 4.Semoga 9 tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu menganalisa serta membuat keputusan yang paling terbijak dalam hidup ini.InsyaaAllah


1. Sakit perut atau senak perut.

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Perut kejang dan sakit perut berterusan.

Antara tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar, lalu menekan bawah perut disebelah kiri.

Sejujurnya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencernaan, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh serta ‘ultrasound'

3. Perut berasid atau rasa penuh walaupun makan hanya sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih hulu hati.Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.
 
4. Kerap demam atau terkena jangkitan.

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

5. Muka Membengkak

Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

6. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan).Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

7. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

8. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.

Mula-mula saya ingatkan buasir adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal.

9. Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.


Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

Semoga bermanfaat

Testimoni Terkini 2017 Dari Pelanggan DR HERBA

Assalamualaikum,


PPW Classic merupakan pembersih peribadi pH 3.8 yang bertindak mengekalkan pH didalam faraj.

Tidak seperti pencuci yang lain, PPW Classic akan mengekalkan persekitaran pH 3.8-4.2 di kawasan keintiman wanita bagi mengekalkan benteng pertahanan badan dari serangan virus HPV, HIV dan bakteria keputihan.

Herba Cnidium yang terdapat di dalam pembersih ini mampu menghilangkan rasa kegatalan yang anda alami dengan serta merta.

(Didaftarkan dengan KKM bernombor: NOT151102803K)

Cara Guna :

Tuangkan cecair PPW Classic ke telapak tangan, cuci kawasan intim seperti biasa, bilas 2 minit kemudian & keringkan dengan tuala. Ianya sesuai digunakan sebanyak 2 kali sehari.


Sesuai digunakan oleh semua golongan wanita, dari gadis, wanita dewasa, wanita hamil, wanita dalam pantang mahupun wanita yang sudah menopos.

testimni drherba


TESTIMONI DARI WHATSAPP 

1. 12:39pm, Aug 8 - ‪+60 19-993 xxxx: Alhamdulillah sjak pkai produk dr.herba keputihan sy da ok..sblm ni keputihan sy amat truk shingga mlukakan kemaluan..dan juga skit bl bersama suami..skrang alhamdulillah..syukur sgt krna di perkenal kn dgn produk dr.herba

12:46pm, Aug 8 - Aliah drherba: Alhamdulilah kalu blh guna ppw sebagai pelindngan ye

12:47pm, Aug 8 - ‪+60 19-993 xxxx: Ye..stiap hri sy pkai ppw..

12:50pm, Aug 8 - ‪+60 19-993 xxxx: Produk bgus psti smua cri..

2. 12:42pm, Aug 8 - ‪+60 13-862 xxxx: Waalaikumsalam. Mmg puas hati puan. Sy rasakan perbezaan lps menggunakan produk puan. Sbb sblm ni rasa miss v gatal. Lps gunakan dr herba rasa tu dh semakin hilang.

12:43pm, Aug 8 - Aliah drherba: Alhamdulilah

3. 12:56pm, Aug 8 - ‪+60 16-747 xxxx: Alhamdulillah...masalah bakteria punca keputihan dan berbau ...hilang kak...trima kasih atas izin Allah ..mrnggunakan produk akak..masalah sy yg baru mengalami selama 6 bulan hilang kak..

12:57pm, Aug 8 - ‪+60 16-747 xxxx: Syukur....sy merancang tuk mengandung..jd sy risau sekiranya masalah tu berlarutan..

12:57pm, Aug 8 - ‪+60 16-747 xxxx: Dan sekarang sy hamil 2 bulan dan alhamdulillah shat..

12:58pm, Aug 8 - ‪+60 16-747 xxxx: Emm..sy minta akak syorkan produk tuk selepas pantang..

4. 1:58pm, Aug 8 - ‪+60 19-286 xxxx: Wsalam. Selamat Hari Raya maaf zahir batin

2:00pm, Aug 8 - ‪+60 19-286 xxxx: Dlm 3-4 hari mcm tu sy dh rasa improvement

5. 1:44pm, Aug 8 - ‪+60 13-278 xxxx: W'slm. .sejak guna produk drherba memang berkesan tidak ade lagi keputihan... memang terbaiklah produk dr herba ni... slmt hr raya akak...

2:06pm, Aug 8 - ‪+60 13-278 xxxx: Ya semestinya ...akak tbaik...

6. 2:19pm, Aug 8 - ‪+60 19-789 xxxx: Alhamdulillah...semenjak guna produk drherba tiada kegatalan berlaku di alat sulit saya...menjaga kebersihan amat penting, sesekali minum yogurt membntu mengurngkan gatal...sy ikut apa yg Dr arahkan.....alhamdulillah....tiada lg kegatalan berlaku....

7. 1:00pm, Aug 8 - ‪+60 13-406 xxxx: Ok ya..skrg pn sdah ok dah

4:00pm, Aug 8 - ‪+60 13-406 xxxx: Ya..set feminine v-therapy sgt bkesan..kputihan yg sy alami slama 2 thun sdah b'ansur pulih stlah sy bt therapy FVT tsabut slama 1mggu shaja..skrg sy hnya gna ppw pd stiap hri shja..

8. 10:03pm, Aug 8 - ‪+60 16-282 xxxx: Waalaikumussalam kak aliah...

So far Alhamdulillah...sgt2 berkesan utk saya... Langsung xde gatal2 lg kat miss V... Keputihan pun dah takde.. Syukur sgt2...

10:04pm, Aug 8 - ‪+60 16-282 xxxx: Raya tu blk kg sy tak bwk skali.. Alhamdulillah 5 ari kat kg xde gangguan pun kat bhgn miss V... Risau gak kalo time raye jadi gatal ke apa... Syukur...lgsung xde

10:05pm, Aug 8 - ‪+60 16-282 xxxx: Terima kasih kak sbb kenalkan produk yg bagus nie... Semoga bisnes akk terus maju jaya... Ameen

9. 9:58am, Aug 9 - ‪+60 12-855 xxxx: Hii..waalaikummussalam ..produk pencuci dr herba hebat..dpt menghilangkan bau..kegatalan dan keputihan..bila guna serum lagila cepat serta dengan panty liner...selesa serta menyakinkan saya..produk dr herba tiada tandingan..saya dh cuba mcm2 produk d luar sana dan dr herba tetap no 1 bagi saya..

10. 11:36pm, Aug 8 - ‪+60 16-895 xxxx: W'salam alhamdulillah kak , sy amat puas hati dengan produk drherba , keputihan semakan berkurangan dan kadang2 x ada langsung, sy still menggunakan produk ni lg , walaupun dah lebih sebulan setengah sy menggunakan...saya mengalami masalah keputihan dr usia sy muda lg dlm belasan tahun dan sy telah berjumpa dengan pelbagai pakar doc , mencuba pelbagai jenis produk dr murah hingga lah yg mahal dan pelbagai jenis pencuci , setiap kl sy berjumpa doc , doc bg sy mkn ubat and pencuci tampa berbuih sabun...confident level sy bertambah gan produk ni selepas di gunakan pada hari yg kedua , walaupun keputihan berkurang dan kadang2 tak langsung setiap hari tak lupa saya menggunakan produk drherba and x lupa jg minum yakult and mkn yogurt...thanks kak aliah...selamat hari raya...

11. 1:12pm, May 24 - +012-855 xxxx : Salam..Alhamdulillah..saya rasa produk Dr Herba tiada tandingan coz saya byk pakai brand lain tp Dr. Herba jugak berkesan.

11:16pm, May 24- +012-855 xxxx : Sblm guna produk dr herba ni sya dah cuba mcm2 produk tmasuk yg tgh top skg ni JSD n jamu seri dewi mlm pun dah gune. Tp yg sya dapati produk ni cuma bkesan sms penggunaan. Jika x gune dlm 1 hari gatal2 akn dtg balik.

11:18pm, May 24-+012-855 xxxx : Tima kasih ye kak sbb kenalkan produk yg bagus ni

12. 11:20pm, May 24-+013-254 xxxx : So far kan..serum sgt ok kak..keputihan lansung xde kalo maintain..kalo saya pakai pagi b4 g kerja,blk kerja ptg mandi kua la sgala keputihan hasil spray serum tuh..then ok je...mlm kalo bersama air plain je..xde da kepingan keputihan tu..husband pn ckp bagus ubat tuh..

13. 7:40pm, Aug 8 - ‪+60 19-335 xxxx: w.salam ... alhamdulillah kak ... mula2 pakai dah keluar lendir2 ketul ... pastu kemaluan dh x berbau ... selesa la ... pencuci pun ok rasa mcm x melekit bila peluh

14. 5:15pm, Aug 8 - ‪+60 19-858 xxxx: Allhamdullilah,syukur kerana ada juga t'jumpa penawar..bnr spt yg d kt kan setiap sakit ada penawar nya smua nya dgn izin allah jua.

5:15pm, Aug 8 - ‪+60 19-858 4637: Terima kasih sgt2..&msh setia m'gunakan produk drherba.

15. 8:31pm, Aug 12 - ‪+60 13-971 xxxx: Wsslm Akak...so far OK. Sy plg suka guna serum n pncuci dia. Bila cuci rasa Segar aje. Lgpn sesuai utk kulit sy ada iritasi.


Jika ada pertanyaan lanjut,sila whatsapp Kak Aliah - 016-3900266 atau Dr Herba - 016-2513751

Jangkitan Kulat Keputihan Wanita Boleh Membawa Maut ?

jangkitankulat
Bismillah,

Sehingga artikel ini ditulis,saya rasa ramai wanita yang masih tidak berapa kisah dan beranggapan bahawa jangkitan yis sebagai perkara biasa dalam hidup mereka.

Jangkitan yis atau ramai juga yang menyebutnya sebagai jangkitan kulat dan para ilmuan sains pula menamakannya sebagai candidiasis,pada suatu ketika dahulu dianggap biasa bukan sahaja dari kalangan pesakit wanita namun ramai juga para doktor di klinik atau hospital yang beranggapan yang sama.

Namun kini semua persepsi ini telah berubah,perkara yang selalu dianggap biasa kini telah benar-benar bertukar menjadi luarbiasa sepertimana yang saya suka tuliskan didalam banyak artikel terdahulu.

Sudah acap kali saya menyebut tentang jangkitan kulat ini dalam artikel- artikel yang lalu,kali ini saya hanya akan fokuskan kepada pemahaman lebih mendalam tentang candidiasis untuk wanita dan penemuan terkini tentang bahaya yang dibawa oleh kulat ini.

Secara ringkas,candida albicans ini ialah sejenis yis yang biasanya berada di usus , faraj dan kulit. Bagi individu yang sihat, kehadiran candida albicans dianggap sebahagian biasa flora di saluran usus.Dan selagi sistem imun tubuh kita sihat serta berfungsi dengan sempurna,pertumbuhan candida albicans akan dapat dikawal.

Lazimnya kehadiran bakteria baik seperti bifidobacteria bifidum dan Lactobacillus acidophilus di saluran usus memberikan mekanisma kawalan semula jadi dalam menghalang candida albicans dari pembiakan yang menjadi tidak terkawal.
Malangnya , persekitaran bakteria "mesra" ini selalunya dikompromi dengan pelanggaran “pantang” dari aspek penjagaan ditambah pula gangguan hormon ketika hamil,maka berlakulah ketidakseimbangan.

Apabila ini berlaku,secara senyap sel-sel yis berpeluang untuk membiak dengan lebih pantas langsung mengambil peluang untuk menjangkiti organ-organ tubuh lain serta tisu.Katakunci disini adalah keseimbangan dan perkara ini telah saya sebut berulang-ulang kali.

Kajian yang banyak dilakukan mendapati,kelewatan merawat dan mengembalikan keseimbangan flora bakteria didalam tubuh, bakal memberi ruang kepada kulat membiak dan berupaya merosakan lapisan mukosa antara aliran darah dan saluran pencernaan.Kerosakan ini boleh memudahkan laluan toksin-toksin yang berbahaya ke dalam aliran darah.

Sebaik sahaja masuk di dalam aliran darah, toksin-toksin ini bebas menjelajah keseluruh bahagian tubuh dan menghasilkan sejumlah gejala-gejala buruk dan seterusnya melemahkan sistem imun tubuh.

Menurut Dr. Kontoyiannis seorang profesor dari University of Texas,yang amalan klinikal dan penyelidikannya tertumpu pada diagnosis dan rawatan jangkitan kulat.

Candida albicans terbukti menjadi penyebab utama kematian keatas individu yang didapati lemah sistem imun tubuh,lebih-lebih lagi bagi mereka yang menderita penyakit yang menjadikan sistem imun tubuh lemah seperti aids,hiv,kanser.diabetes dan sebagainya.
Kulat candida kini menjadi ancaman yang serius kepada manusia,ibarat kata peribahasa melayu”kecil api menjadi kawan,besar ia menjadi lawan”.

Apabila saya ditanya ! Adakah jangkitan kulat boleh membunuh?

Jawapan ikhlas dari saya ialah BERKEMUNGKINAN BOLEH! YE. ,jangkitan kulat benar-benar berpotensi untuk membunuh.seandainya dibiarkan tanpa rawatan dan apabila ia mula memasuki kedalam aliran darah.

Walaupun dahulu ianya disangkakan tidak merbahaya namun perkembangan setakat 2016, semakin bertambah ramai saintis yang semuanya bersetuju bahawa jangkitan kulat candida tidak dapat dielakan 100% buat ketika ini.Namun jika dibiarkan tanpa rawatan akan hanya membawa padah maut yang menanti.

Tindakan pantas apabila mula mengesan simtom keujudan kulat candida dan hanya dengan mengdiagnosis awal serta merawat untuk mengembalikan kesimbangan bakteria di dalam tubuh dapat membantu mengelakkan pembiakan tidak terkawal kulat candida yang berkemungkinan membahayakan apabila ianya mula memasuki aliran darah.

Semoga Bermanfaat