Keputihan
yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali boleh menimbulkan
suasana ketidakselesaan dan kebimbangan di kalangan wanita.Perkara yang amat
ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (STD) seperti siplis dan gonorrhea iaitu
penyakit –penyakit yang ditular menerusi hubungan seksual. Antara lain perkara
yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan mengidap penyakit kanser serviks..
Bagi gadis
remaja yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan akan menimbulkan tanda tanya
samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka dan potensi
mandul apabila berkahwin kelak.
Tentang
peranan lendir di dalam faraj
Seperkara
yang perlu difahami,pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya
menandakan adanya penyakit. Di sebaliknya ia mungkin hanya aturan yang biasa
sahaja. Lendir yang dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim adalah untuk
tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar
lendir. Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran
faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak.
Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid
(menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu
bersetubuh dan pendarahan dari dinding faraj.
Lendir faraj
juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran
lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam
keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kelenjar bartholin yang khusus
dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh
berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis
yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim
(cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal
rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan
benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini
mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki
untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di
pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam
sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid
oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.
Apakah yang
mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran
lendir dari faraj dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan
progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan
kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan
dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding
faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini
sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan
hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali
menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang
sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga
kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron.
Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab
penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga
mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan. Keadaan-keadaan tersebut di atas
adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tiada sebab untuk
dibimbangkan.
Pengeluaran
lendir yang berlebihan juga boleh berlaku disebabkan oleh gangguan jiwa seperti
keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang teramat sangat. Begitu
juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak,
pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
Sifat lendir
yang normal
Pada
kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair
tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.
Keputihan
sebagai tanda penyakit
Pengeluaran
lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem
peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat
putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi
rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna
kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu
diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
Jenis-jenis
jangkitan kuman,gejala & komplikasinya
Beberapa
jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah
daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan
saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila
jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang
akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan
dan lain-lain.
Bacterial
vaginosis (BV)
Selalunya
berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia reproduktif mereka. Di dalam faraj
seseorang wanita terdapat bakteria baik (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi
keadaan asidik sejurus memberi pelindungan dalam faraj dari bakteria yang
berbahaya. BV terhasil apabila bakteria jahat seperti Gardnerella vaginalis dan
genital mycoplasma tumbuh lebih banyak dari bakteria baik lactobacillus. Wanita
berisiko tinggi untuk mendapat BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal
vaginal douching (kerap membasuh faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat
mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.
50% daripada
BV tiada gejala. Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai
lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk
selepas hubungan seksual atau selepas haid. Faraj dan kawasan kemaluan
selalunya tidak bengkak.
Candida
Albican (Kulat)
Dua pertiga
dari wanita akan mengalami masalah ini. Majoriti organisma yang bertanggung
jawab adalah sejenis kulat (Candida albican). 50% dari mereka yang berjangkit
mengadu gatal di bahagian faraj (Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti
dadih), tidak berbau dan menyebabkan faraj melecet dan sakit semasa hubungan
kelamin. Wanita yang berisiko tinggi adalah wanita mengandung, mengidap kencing
manis ataupun mengambil antibiotik bagi jangkamasa agak panjang.
Chlamydia
trachomatis
Penyakit ini
kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan
bakteria atau virus tetapi parasit yang suka tinggal di dalam sel-sel faraj
pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim
termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan penyakit kelamin yang boleh
membawa kepada kesukaran mengandung.
Simtom dan
tanda-tanda.
Lendiran
bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan
di antara dua haid dan radang serviks adalah antara simtom-simtom penyakit ini.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita tidak mengalami apa-apa tanda.
Komplikasi
jangkitan
chlamydia boleh 'naik' ke dalam rahim dan menyebabkan radang pangkal
rahim,rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit juga akan mengalami sakit di
bahagian ari-ari dan perut yang teruk. Tiub saluran Fallopian boleh tersumbat
menyebabkan mengandung luar rahim atau ketidaksuburan.
Nesseria
gonorrhoea
Gonorrhoea
adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh organisma N. Gonorrhoea. Pesakit
selalunya tidak mempunyai simtom tetapi bagi mereka yang bersimtom, akan
mengalami lendiran faraj yang selalunya banyak, bernanah dan sakit di bahagian
ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan faraj selepas haid atau selepas
hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa mengandung boleh membawa kepada
kelahiran pra-matang.
Komplikasi
Komplikasi
sama seperti chlamydia iaitu jangkitan dari faraj boleh merebak ke dalam rahim
menyebabkan radang pangkal rahim, rahim dan saluran tiub. Ia boleh menyebabkan
tiub rosak dan tersumbat. Ini boleh membawa kepada komplikasi mengandung luar
rahim dan ketidaksuburan.
Lelaki samada
pasangan atau suami boleh mengidap gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya
menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber
penularan dari satu mangsa ke mangsa lain
.
Trichomonas
vaginalis (T.V.)
T. vaginalis
adalah penyakit kelamin yang melibatkan hingga 30% wanita yang aktif seks di
negara-negara membangun. Organisma yang bertanggung jawab adalah protozoa yang
hanya terdapat di dalam faraj wanita. Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan
mengalami bengkak faraj, lendiran yang berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang
berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan bengkak
pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat kelamin. Pesakit juga boleh
mengalami gatal faraj dan di bahagian kemaluan. Simptom selalunya lebih teruk
semasa haid atau sejurus selepas haid.
Pilihan
Rawatan Moden Dan Alami
Selain dari
protokol rawatan yang lazim seperti pengambilan antibiotik atau antifungal
terdapat juga rawatan herba alternatif yang didapati sama berkesan dan juga
seimbang dan tanpa kesan sampingan bagi merawat jangkitan keputihan khususnya
jangkitan kulat candida albican,bacterial vaginosis dan trichomonas
vaginalis.Rawatan alternatif ini amat sesuai bagi mereka yang merasa malu untuk
mengizinkan faraj mereka dilihat dan diperiksa oleh doktor,lebih-lebih lagi
oleh seorang doktor pakar lelaki.
Semoga
Bermanfaat
Drsalwa
Hassan - Panel kesihatan Dr Herba