Bismillah,
Tanda-tanda
penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna
lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa
bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.
Dalam
kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah
disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil.
Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana
dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi
wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun
ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
Berikut
adalah antara warna-warni lelehan yang perlu diberi perhatian:
1. Jernih
Sekiranya,
lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau,
anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya,
lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar
waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah
keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.
2. Putih
Lain pula
halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah,
jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit
ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang
disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini
sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak
dengan cepat apabila pH tidak seimbang.
3. Putih
Pekat
Sekiranya
lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan
bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks
dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih
teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda,
masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
4. Coklat
Lelehan yang
berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda
mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis.
Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak
teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5. Merah muda
Bagi anda
yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak
tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak
khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu,
ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim.
Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon
estrogen berlebihan.
Antara
Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan
Elakkan dari
pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan
pembersih peribadi khas yang ada pH3.8-4.2
Elakkan
menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora
bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
Selalu
keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai
seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
Hindari dari
memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah
terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
Pastikan
kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
Gunakan alas
seluar dalam (panty liner)jenis "unscented" dan yang dapat
mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan
wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan
keadaan.
Pastikan mencuci dubur selepas
membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak
kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing
kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
Cuba sedaya
upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult,
sayuran hijau, sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan
pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen.
Semoga
Bermanfaat
Drsalwa Hassan - Panel kesihatan Dr Herba